Litologi Formasi Kroh

MT-JGSC (2009) mencirikan Formasi Kroh kepada 4 fasies iaitu fasies berargilit, fasies berarenit, fasies kalka-silikat dan fasies berkapur.

FasiesCiri Am
Fasies berargilit
  • Terdiri daripada syal dan batu lumpur berwarna kelabu gelap hingga hitam
  • Termetamorf di beberapa tempat sebagai sabak, filit, honfels pelitik, meta-batu lumpur dan syis kuarza-mika.
  • Rijang juga terdapat di antara batuan argilit.
  • Kekanta batu kapur tak tulen dengan kandungan bahan berkarbon juga wujud di antara fasies seperti yang tersingkap di Sungai Kuak dan Kampung Pahit Dalam di Pengkalan Hulu.
Fasies berarenit
  • Terdiri daripada meta-batu pasir dengan sedikit pelapisan meta-argilit sama ada sebagai kekanta atau pelapisan tidak bersambung.
Fasies kalka-silikat
  • Terdiri daripada batuan honfels kalka-silikat dan sedikit batu kapur tak tulen.
  • Honfels merupakan hasil metamorfisme batuan argilit berkapur akibat rejahan granit
  • Honfels berwarna kelabu gelap akibat kandungan bahan berkarbon, sangat keras, berbutiran halus dan kadangkala berjalur dengan bahan bersilika berwarna kelabu cerah.
  • Tersingkap di sekitar Belukar Semang dekat Kelian Intan.
Fasies berkapur
  • Terdiri daripada batu kapur kekanta yang biasanya termetamorf menjadi marmar, dan batua berkapur lain.
  • Batu kapur biasanya berwarna variasi kelabu, berlapisan tebal hingga masif dan mempunyai kandungan tak tulen yang banyak.

Berkaitan